Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah@DatukDatuRosmadiDatuSulai
Read More
Dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) kerana telah melaksanakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Tahun 2021 dengan jayanya.
I want to recognize Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah for demonstrating CUSTOMER FOCUSED and SPEAK UP which provided guidance and timely support towards oil and gas operation particularly in vessel inward/outward clearance and crews sign-on/sign-off activities.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Covid-19 Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah atas bantuan perkhidmatan kenderaan (Bot), serta kerjasama pemandu bagi tujuan tugasan membantu menghantar bakul makanan ke Pulau Mantanani. Semoga kerjasama yang erat ini akan berterusan pada masa akan datang.
Pejabat ini mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menyediakan kemudahan pengangkutan kepada delegasi Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) Malaysia ke Pulau Gaya untuk Program Pendaftaran Vaksin Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri Sabah pada 3 Mei 2021. Semoga kerjasama sedemikian akan dapat diteruskan pada masa akan datang.