10 Safar 1448
Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga sabah 2024-2027 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Robet Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya mewakili Menteri Kerja Raya Sabah. Acara ini telah diadakan pada 20 November 2023 di Palm Beach & SPA, Wilayah Persekutuan Labuan.
Baca Lagi20240318 | Sesi Libat Urus Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah dan Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri
Baca Lagi20240506 | Program Pengukuhan Integriti Pegawai dan Kakitangan JPDS Bersama-sama SPRM Wilayah Persekutuan Labuan pada 06 Mei 2024.
Baca LagiPersidangan Pegawai-Pegawai Pelabuhan Siri 1 Tahun 2024 bertempat di Ming Garden, Kota Kinabalu bermula 2 Mei 2024 sehingga 3 Mei 2024.
Baca LagiAssalammualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. 27 Nov 2024 - Sesi Libat Urus Penambahbaikan Perkhidmatan Pemaliman (Pilotage) di Kawasan Had Pelabuhan Kota Kinabalu pada 27 November 2024. Penghargaan Kepada Fasilitator; 1. Capt. Al-Khalid Jauhary Zulkurnain 2. Capt. Mohd Faisal Ayub 3. Capt. Ahmad Bunyamin Said Kehadiran Malim (Pilot) Kota Kinabalu; 1. Lubin Chiew 2. Tony Yong 3. Micheal Lawrence Otigil 4. Pancer Bangali 5. Benedict Paul 6. Mohammed Khairi Juhairi
Baca LagiAssalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya. 12 Feb 2025 - Sesi perbincangan bersama antara Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah (JPDS) dengan Pusat Hidrografi Nasional pada 12 Februari 2025 bertempat di Pejabat Pelabuhan Kota Kinabalu. Perbincangan menjurus ke arah keperluan pengukuran hidrografik (hydrographic survey) di beberapa kawasan had pelabuhan dan perairan Sabah. Sesi perbincangan telah dihadiri oleh Pengarah JPDS, Tuan Maswandie Bin Maimoon, Ketua Bahagian Pelayaran, Puan Juitah Laipat, Ketua Unit Kawalan Lalu Lintas Air & Keselamatan, Tuan Azreen Sharif Bin Sagaran, Pegawai Pelabuhan KK, Tuan Norazizan Bin Ahmad, dan Pen. Peg. Pelabuhan KK, Tuan Sahfadruladli Bin Ariffin. Manakala di pihak PHN dihadiri oleh Tuan Komander Azrul Nezam Bin Asri TLDM & Tuan Leftenan Mohd Fazlen TLDM. Semoga kolaborasi dan kerjasama erat antara JPDS dan PHN terus berkekalan selama-selamanya.
Baca LagiSalam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. Sesi kunjungan hormat dari Markas Pasukan Polis Marin (PPM) ke Ibu Pejabat Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah (JPDS), Labuan pada 14 Februari 2025. Kunjungan dari PPM ini diketuai Tuan Komandan ACP MD Nazri dan diiringi oleh Tuan ASP Aziz serta Tuan Ins. Rezza. Kunjungan hormat telah disambut baik oleh Pengarah JPDS, Tuan Maswandie Bin Maimoon, Timb. Pengarah 1, Tuan Raymond Murus, Tuan Roslee Sumin, Timb. Pengarah 2 dan beberapa pegawai kanan JPDS. Selain pembentangan taklimat mengenai fungsi dan peranan JPDS, kedua-dua pihak telah berkongsi pelbagai maklumat dan pandangan yang bermanfaat serta perancangan kerjasama pada masa hadapan.
Baca LagiJabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah di peringkat Ibu Pejabat telah melaksanakan Arahan Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara pada setiap minggu di hari permulaan bekerja selaras garis panduan yang telah ditetapkan dengan diketuai oleh Tuan Maswandie Maimoon selaku Ketua Jabatan. Arahan tersebut juga telah dipanjangkan kepada kesemua Pejabat-Pejabat Pelabuhan seluruh Negeri Sabah dan dipantau rapi pelaksanaannya sebagai salah satu langkah menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan penjawat awam khususnya warga kerja Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah. Bacaan doa turut diselitkan di dalam program tersebut untuk mengukuhkan sifat-sifat mahmudah dalam diri setiap warga JPDS dan sentiasa ikhlas dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Baca Lagi18 Februari 2025 - Sesi kunjungan hormat dari Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan pihak Perlindungan Dan Indemniti (P&I) Malaysia Sdn Bhd ke Ibu Pejabat Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah (JPDS), Labuan pada 18 Februari 2025. Kunjungan dari JLM kali ini diketuai oleh Tuan Norjipin Saidi dan telah disambut baik oleh Pengarah JPDS, Tuan Maswandie Bin Maimoon dan beberapa pegawai kanan JPDS. Sesi kunjungan ini melibatkan perbincangan mengenai kerjasama atau pendekatan - pendekatan yang boleh diambil oleh kedua belah pihak bagi membantu perkembangan industri maritim yang ada di Sabah. Di samping itu, pihak P&I Malaysia Sdn Bhd juga turut berkongsi maklumat berhubung keperluan insuran ke atas kapal atau bot berlesen yang mana merangkumi lima (5) elemen atau manfaat seperti Liabiliti Krew, Liabiliti Penumpang, Kerosakan harta benda pihak ketiga, liability pencemaran minyak dan liability penyingkiran bangkai kapal.
Baca LagiMesyuarat diadakan pada 25 Februari 2025, bertempat di Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah. Setelah mesyuarat selesai, sesi diteruskan dengan lawatan ke Menara Kawalan Kota Kinabalu.
Baca Lagi24 April 2025 - Sesi Perjumpaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) telah diadakan dengan dihadiri oleh Y.Bhg. Tuan Maswandie Maimoon, Pengarah JPDS, Encik Raymond Murus, Timbalan Pengarah 1, Encik Roslee Sumin, Timbalan Pengarah 2, Semua Ketua Bahagian, Ketua Unit serta kakitangan. Majlis dimulakan dengan laungan Takbir Raya Aidilfitri dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan Pengarah JPDS yang mengingatkan agar semua Pegawai dan Kakitangan untuk menghayati makna sebenar sambutan Hari Raya Aidilfitri dan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain dan menjauhi sifat-sifat mazmumah. Diharapkan agar ukhuwah yang terjalin kekal sampai bila-bila. Majlis tersebut juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada wakil setiap Bahagian/Unit.
Baca Lagi28 April 2025 - Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) telah mengadakan Mesyuarat dan Persidangan Pegawai-Pegawai Pelabuhan Bil.1/2025 yang berlangsung mulai 28-29 April 2025 bertempat di Lahad Datu. Persidangan telah dipengerusikan oleh Tuan Maswandie bin Maimoon, Pengarah JPDS bersama-sama En.Raymond Murus (Timbalan Pengarah 1), Encik Roslee Sumin (Timbalan Pengarah 2), Semua Pegawai Pelabuhan seluruh Negeri Sabah dan Ketua Bahagian/Ketua Unit. Persidangan ini adalah merupakan program tahunan yang diadakan sebagai platform untuk membincangkan isu-isu berkaitan perkhidmatan dan operasi serta perkongsian idea dalam mencari penyelesaian isu yang seragam. Dalam masa yang sama, persidangan ini adalah medium terbaik dalam merancang aktiviti/program pada masa akan datang berdasarkan pencapaian pada tahun-tahun sebelum ini.
Baca Lagi𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 (𝐓𝐘𝐓) 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 21 Jun 2025 - Kontinjen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dengan kekuatan anggota seramai 40 orang sekali lagi telah menyertai Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-74 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang telah diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu. Sejarah tercipta. Kontinjen Perbarisan JPDS telah dinobatkan sebagai *NAIB JOHAN* Pertandingan Kawad Perbarisan Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-74 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sekaligus memperbaiki pencapaian pada tahun lalu yang telah mendapat Tempat ke-3. Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada Kontinjen Perbarisan JPDS yang diketuai oleh Encik Ahmadi bin Fitriansyah, Pengurus Pasukan (Encik Ag Muhammad Haziq bin Julkipli) dan Jurulatih Pasukan (Encik Azreen Sharif bin Sagaran) atas komitmen padu yang diberikan sehingga memperoleh pencapaian yang amat membanggakan. Ikhlas daripada Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).
Baca LagiKunjungan Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Ke Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur. Rombongan diketuai oleh Tuan Maswandie Bin Maimoon, Pengarah JPDS dengan disertai oleh beberapa pegawai Encik Roslee Sumin, Timbalan Pengarah II dan Puan Ernie Sulastrie binti Sumansor, Pegawai Tadbir. Sesi kunjungan hormat tersebut dapat menjadi platform terbaik dalam perkongsian maklumat, bertukar-tukar pandangan di samping berkongsi pengalaman.
Baca LagiMenerima kunjungan hormat dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan Ke Ibu Pejabat Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah. Rombongan Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Labuan diketuai oleh YS Pengarah JBPM Labuan , PgKB I Abd Rahman bin Ali dengan disertai oleh beberapa orang pegawai Timbalan Pengarah, PgKB II Emil bin Taihin, PP Bahagian Ops, PP Bahagian BKK, PP Bahagian BPK, PP Bahagian Kejuruteraan dan PP Bahagian Latihan.
Baca LagiJabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah di peringkat Ibu Pejabat telah melaksanakan Arahan Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara pada setiap minggu di hari permulaan bekerja selaras garis panduan yang telah ditetapkan dengan diketuai oleh Tuan Maswandie Maimoon selaku Ketua Jabatan. Arahan tersebut juga telah dipanjangkan kepada kesemua Pejabat-Pejabat Pelabuhan seluruh Negeri Sabah dan dipantau rapi pelaksanaannya sebagai salah satu langkah menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan penjawat awam khususnya warga kerja Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah. Bacaan doa turut diselitkan di dalam program tersebut untuk mengukuhkan sifat-sifat mahmudah dalam diri setiap warga JPDS dan sentiasa ikhlas dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Baca LagiProgram Varsha Integriti Kementerian Kerja Raya Sabah telah dirasmikan pada 09 September 2025 oleh YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah bertempat di Dewan Sipadan 1, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. Y. Bhg. Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah telah menyampaikan taklimat bertajuk Aduan Awam / Keluhan Rakyat: Persepsi atau Realiti pada slot 1 diikuti dengan Perkongsian Isu-Isu Integriti sebagai Lesson Learn dalam pengurusan teknikal yang disampaikan oleh PKPj Alexnder S. Kunghi, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah. Pada sesi petang, Forum Khas bertemakan 'Imej Integriti Jabatan' diadakan dengan penglibatan beberapa Ketua-Ketua Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah. Tuan Maswandie Maimoon, Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) terlibat selaku ahli panel ketiga yang mengupas isu-isu ketirisan/kelemahan dan langkah-langkah pencegahan dalam pengurusan perolehan.
Baca LagiSukacita dimaklumkan bahawa Sistem Malaysia Maritime Single Window (MMSW) akan berkuatkuasa pada 15 Oktober 2025. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat pelabuhan yang berdekatan.
Baca LagiKunjungan hormat Pengarah JPDS, Tuan Maswandie Bin Maimoon dan beberapa pegawai kanan kepada Pegawai Daerah Lahad Datu, Tuan Firuz Idzualdeen @ Benetty Bin Mohd Dzul, pada 26 Januari 2026. Sepanjang sesi kunjungan, Pengarah JPDS dan Pegawai Daerah Lahad Datu telah berbincang dan sering berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan serta buah fikiran terutama dalam memantapkan kerjasama sesama agensi dan keperluan pembangunan yang melibatkan fungsi dan peranan JPDS di kawasan daerah Lahad Datu.
Baca LagiLawatan kerja YB Timbalan Ketua Menteri III Merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan Dan Pengangkutan ke Ibu Pejabat Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah pada 09 Januari 2026.
Baca Lagi16 April 2026 - Menerima lawatan rasmi daripada Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) yang diketuai oleh Tn Hj Kamaruzaman Bin Hj Munasir iaitu Penolong Pengurus Besar Bahagian Operasi dan Kawalselia bersama 4 Pegawai LPJ dan telah disambut baik oleh Timbalan Pengarah 1 JPDS, Tuan Raymond Murus dan beberapa pegawai kanan JPDS.
Baca Lagi20 April 2026 - JPDS telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Sanjungan Budi Tahun 2025 bertempat di Hotel Tiara Labuan pada 20 April 2026. JPDS amat berbesar hati menerima kehadiran YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan sekaligus merasmikan majlis tersebut. Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Dr. Jonnybone J Kurum, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Y. Bhg. Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan serta pegawai-pegawai kanan kementerian. JPDS amat menghargai sokongan yang diberikan khususnya daripada pihak YB Menteri, YB Pembantu Menteri dan Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan yang mana telah meningkatkan motivasi serta semangat seluruh warga JPDS dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat berjalan lancar, efisien dan berintegriti. Selaras dengan moto Tuan Maswandie bin Maimoon, Pengarah JPDS iaitu 'Ikhlas Maju Bersama', JPDS akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat khususnya komuniti perkapalan dan menambah baik segala kekurangan yang telah dikenal pasti. Syabas dan tahniah diucapkan kepada 3 orang penerima Anugerah Jasamu Dikenang (Pesara), 3 orang penerima Anugerah Khas Pengarah dan 23 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2025. Semoga seluruh warga JPDS terus komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi memastikan kemajuan dan perkembangan positif sektor maritim di Negeri Sabah yang kita cintai.
Baca Lagi21 April 2026 - Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Pasukan Gerakan Marin (PGM), Wilayah 4 Sabah ke Ibu Pejabat Jabatan pelabuhan dan Dermaga Sabah. Rombongan PGM diketuai oleh Komander ACP Ahmad Amri Bin Abd Rahman dan disertai oleh beberapa pegawai kanan termasuklah ASP Saidul Bin Maaruf, ASP Jaafar Bin Yahaya, ASP Abd Aziz B. Abu Hashim dan Sjn Ramlan. Pada kunjungan kali ini, selain saling berkongsi maklumat-maklumat yang terkini, atas tanggungjawab bersama dalam memastikan keselamatan pelayaran di perairan Sabah sentiasa terpelihara, kedua belah pihak turut menyatakan kesediaan untuk meneruskan dan memperkukuh kerjasama dalam pelbagai aspek merangkumi operasi penguatkuasaan secara bersepadu dan program-program latihan yang melibatkan perkongsian ilmu dan kepakaran masing-masing.
Baca LagiSesi perbincangan proaktif bersama Persatuan Agen Perkapalan Sabah (Sabah Shipping Agent Association) bagi menangani impak krisis global yang memberi kesan langsung kepada kenaikan harga diesel terhadap perkhidmatan marin di Negeri Sabah. Bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan dan mengelakkan gangguan operasi di pelabuhan-pelabuhan Sabah, JPDS komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk meneliti inisiatif-inisiatif yang berkesan. Ketelusan dan kebajikan pengguna akhir serta rakyat Sabah sentiasa menjadi keutamaan dalam mendepani cabaran ekonomi global ini.
Baca LagiMengadakan mesyuarat bagi membincangkan penambahbaikan proses pemeriksaan imigresen di Terminal Feri Menumbok. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Tuan Maswandie Bin Maimoon. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada jabatan dan agensi berkaitan, iaitu wakil daripada Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Jabatan Kerja Raya Sabah dan Pejabat Kecil Daerah Menumbok. Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh kecekapan dan keberkesanan proses pemeriksaan imigresen, selaras dengan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan di terminal tersebut.
Baca LagiJPDS telah menerima Lawatan Kerja dari Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) yang diketuai oleh Datuk Mary Angela Sipaun, Bendahari Negeri dan disertai oleh Puan Dayang Sablinah Sabli, Timbalan Bendahari Negeri (Operasi), Tuan Putera Jali, Timbalan Bendahari Negeri (Pentadbiran), Encik Christopher Dyonisius, Ketua Penolong Bendahari Negeri (Perakaunan Akruan), Encik Ridzuan Maarof, Penolong Akauntan (Unit Hasil, Seksyen Pengurusan Dana) dan Encik Datu Mohd Azmeer Datu Unoi, Penolong Akauntan (Unit Pelaburan, Seksyen Pengurusan Dana). Tuan Maswandie Maimoon, Pengarah JPDS menyambut baik inisiatif pihak JBNS untuk melaksanakan lawatan di lapangan bagi mendapatkan gambaran penuh pengoperasian JPDS. Sesi lawatan kerja pada 04 Mei 2026 dimulakan dengan Taklimat Operasi Terminal Feri dan Penumpang Menumbok yang disampaikan oleh Encik Azreen Sharif bin Sagaran, Pegawai Pelabuhan Menumbok. Taklimat tersebut merangkumi pengoperasian keseluruhan terminal, sumber manusia, fasiliti dan kemudahan, agensi-agensi yang beroperasi di terminal serta cabaran yang dihadapi. Seterusnya, pihak JBNS mengadakan lawatan fizikal di Terminal Feri dan Penumpang Menumbok pada 05 Mei 2026 meliputi keseluruhan kawasan terminal. Usaha sedang giat dijalankan dengan kolaborasi strategik di antara JPDS dan JBNS bagi merealisasikan pembayaran caj pendaratan dan perkapalan oleh pengguna secara tanpa tunai (cashless) yang bakal memberi kemudahan kepada pengguna serta selaras dengan perkembangan pendigitalan Terminal Feri dan Penumpang Menumbok yang kini menggunakan Sistem "E-Landing Tax".
Baca LagiJabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah telah menerima lawatan kerja dari Bahagian Operasi, Jabatan Bendahari Negeri Sabah pada 25 Mei 2026 (Isnin) di Terminal Feri Menumbok. Tujuan lawatan ini adalah untuk membuat pemerhatian kepada pemasangan mesin terminal bagi pembayaran tanpa tunai (cashless) serta pelaksanaan terimaan bayaran tanpa tunai di Kaunter JPDS, Terminal Feri Menumbok. Kini, bayaran bagi caj penumpang dan dius pendaratan & perkapalan secara tanpa tunai di Terminal Feri Menumbok telah pun bermula untuk kemudahan semua pengguna terminal/penumpang feri.
Baca LagiJabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) telah melakar satu lagi sejarah yang membanggakan apabila dianugerahkan Anugerah Cemerlang (5 Bintang) dalam Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri pada 08 Jun 2026 (Isnin). Anugerah berprestij tersebut telah disampaikan dalam majlis yang dirasmikan oleh Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), dan telah diterima oleh Tuan Maswandie bin Maimoon selaku Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS). Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap komitmen JPDS dalam memastikan aspek keselamatan perlindungan sentiasa berada pada tahap yang cemerlang selaras dengan dasar, arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan. *Apakah Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan?* Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang menunjukkan tahap pematuhan, pengurusan dan pelaksanaan keselamatan perlindungan yang cemerlang. Penilaian ini dibuat berdasarkan pelaksanaan Inspektorat Keselamatan Perlindungan yang meliputi aspek keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan maklumat rasmi, keselamatan peribadi serta pematuhan terhadap dasar dan prosedur keselamatan yang berkuat kuasa. Penganugerahan taraf 5 Bintang membuktikan bahawa JPDS telah berjaya memenuhi standard keselamatan yang tinggi, mengamalkan tadbir urus yang baik serta melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan keselamatan perlindungan. Kejayaan ini secara langsung meningkatkan kredibiliti, imej dan keyakinan pihak berkepentingan terhadap JPDS sebagai sebuah jabatan yang mengutamakan integriti, kerahsiaan dan keselamatan dalam penyampaian perkhidmatan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah dirakamkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan JPDS yang diketuai oleh Encik Raymond Murus selaku Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ), dan buat semua warga JPDS atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan tahap pematuhan terhadap dasar-dasar keselamatan sentiasa diperkasakan serta membudayakan penambahbaikan secara berterusan. Sesungguhnya, pencapaian ini bukanlah hasil usaha individu semata-mata, tetapi merupakan manifestasi kerjasama padu, semangat berpasukan dan komitmen kolektif seluruh warga JPDS dalam menjunjung kecemerlangan organisasi. JPDS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan CGSO Labuan atas kerjasama erat, khidmat nasihat, pemantauan, bimbingan teknikal serta tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan program dan inisiatif keselamatan perlindungan di jabatan ini. Segala panduan dan sokongan yang diberikan telah membantu JPDS memperkukuhkan tadbir urus keselamatan perlindungan serta memastikan pematuhan berterusan terhadap keperluan yang ditetapkan. Semoga hubungan kerjasama yang baik ini akan terus diperkasakan demi meningkatkan kecemerlangan pengurusan keselamatan perlindungan pada masa hadapan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk JPDS terus mengekalkan kecemerlangan, memperkukuhkan budaya keselamatan serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan demi kemajuan jabatan dan Negeri Sabah. "Kecemerlangan Hari Ini, Komitmen Berterusan untuk Masa Hadapan.”
Baca LagiSeramai 30 Orang peserta kursus yang mana terdiri daripada Pegawai-Pegawai Pelabuhan dan kakitangan JPDS yang telah menyertai kursus ini. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif kolaborasi strategik antara JPDS dengan Universiti Kuala Lumpur, Malaysia Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET). Encik Mazlan Bin Muslim dari UniKL-MIMET adalah penceramah jemputan yang mengendalikan kursus ini selama tiga (3) hari. Antara pengisian kursus ini termasuklah penerangan teori, latihan fizikal bagi pengukuran kapal di Limbungan Kaya Shipyard Sdn Bhd, Sepanggar Kota Kinabalu Kursus ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan memperkemas proses pelesenan kapal di bawah 15 tan berdaftar.
Baca Lagi| No | No Rujukan | Keterangan | Jenis Perolehan | Tarikh Tutup | Borang | Makluman |
| 997 | PH(T) 03/2024 | To Supply And Commissioning of One(01) Unit Aluminium Launch for Ports and Harbours Department Sabah | Tender | 2024-07-19 | Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Kontraktor Sabah(PUKONSA) (Kod Bidang 190200 Bot dan Kapal) | |
| 1047 | PH(Q) 29/2024 (PANGGILAN SEMULA) | Kajian Bathymetric bagi Kawasan Laut Jeti Awam di Pekan Karakit | Sebut Harga | 2024-11-04 | Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Kontraktor Sabah(PUKONSA) dalam Kod Bidang 221788 | |
| 1048 | PH(Q) 01/2025 | Proposed Washing and Cleaning Works at Ports and Harbours Quarters Main Building For Year 2025 | Sebut Harga | 2024-11-01 | Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Kontraktor Sabah(PUKONSA) dalam Kod Bidang 220401 / PUKONSA Kelas F 8 (A) | |
| 1049 | PH(Q) 02/2025 | Perkhidmatan Landskap dan Pengindahan Kawasan Perkarangan Ibu Pejabat, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Bagi Tahun 2025 | Sebut Harga | 2024-11-01 | Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Kontraktor Sabah(PUKONSA) dalam Kod Bidang 220402 | |
| 1050 | PH(Q) 03/2025 | Perkhidmatan Landskap, Pengindahan Kawasan dan Perkhidmatan Pembersihan di Kawasan Menara Permonitoran Trafik Perkapalan Kimanis dan Pejabat Pelabuhan Kimanis, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Bagi Tahun 2025 | Sebut Harga | 2024-11-01 | Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Kontraktor Sabah(PUKONSA) dalam Kod Bidang 220401 / PUKONSA Kelas F 8 (A) | |
| 1051 | PH(Q) 04/2025 | Proposed Washing and Cleaning Works at The Passenger Terminal Building in Menumbok For Year 2025 | Sebut Harga | 2024-11-01 | Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Kontraktor Sabah(PUKONSA) dalam Kod Bidang 220401 / PUKONSA Kelas F 8 (A) | |
| 1052 | PH(Q) 05/2025 | Perkhidmatan Sewaan Mesin Penyalin bagi Kegunaan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah | Sebut Harga | 2024-11-08 | Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Kontraktor Sabah(PUKONSA) dalam Kod Bidang 220209 | |
| 1065 | PH(Q)15/2025 | Maintenance of Four(04) Unit Beacons Including Supply, Delivery and Commissioning of Marine Lantern at Sandakan Port Limit | Sebut Harga | 2025-03-21 | Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Kontraktor Sabah(PUKONSA) | |
| 1068 | PH(Q) 17/2025, PH(Q) 18/2025 | PH(Q) 17/2025 - Proposed Hydrographic Survey at Papar River/ Papar District 2025. PH(Q) 18/2025 - Cadangan Kerja-kerja Penyediaan Laporan "Marine Traffic and Risk Analysis(MTRA)" Bagi Pembinaan Kemudahan Jeti Tukar Barangan (Barter Trade) di Perairan Sungai Imam, Pasir Putih Tawau | Sebut Harga | 2025-04-18 | Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Kontraktor Sabah(PUKONSA) dalam bidang yang bersesuaian. | |
| 1076 | PH(Q) 16/2025 | To Supply And Delivery Of Uniform Black Shoes For Staff Of Ports And Harbours Department Sabah For Year 2025 | Sebut Harga | 2025-04-29 | Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) di dalam bidang 0502 Pakaian dan Kelengkapan dan masih aktif. |